Thursday, May 29, 2014

Umpan power takde.. kumpau ade..

Post kali ini ceritanya adalah mengenai ke'kumpau'an yg melanda aku, sepatutnya dah diset untuk berjuang di sebuah kolam yang terkenal dengan ketenangannya namun di saat akhir menukar rancangan dengan memancing di kolam yang terkenal dengan ikan-ikan meganya, Mungkin disebabkan itu, hanya bangau yang kunjung tiba, haha...
Namun disebabkan semangat juang yang cukup tinggi, beberapa hari berikutnya satu trip repeat di kolam yang awal-awal dirancang telah dilaksanakan. Hasilnya....  kumpau aku gagal mendapat lesen (looser gilor), komplot ku hanya sekadar mendapat lesen "P" namun suasana kolam adalah amat baik. Apa pun satu hook up di saat akhir memberi debaran serta kepuasan bagi aku yang pertama kali mengunjungi kolam ini. Beberapa gambar untuk tatapan di bawah.

Lesen "P"

Lesen setelah beberapa kali mencuba, lega.
Rod yang dah jadi sejarah,aduyai...

Patin..tiada lagi kumpau

Takde cerita panjang pada post kali ini, tajuk post menceritakan segala-galanya haha... apa pun tahniah ajim, selepas beberapa kali berusaha, akhirnya tiada lagi kumpau. Pesanan ringkas bagi rakan pemancing marilah sama-sama menjaga kebersihan persekitaran kita. Terima kasih

hook up, muka penuh perhatian, hati bedebar kena 'karen'






layan... sampai tersenyum dapat lesen penuh
akhirnya, tamatnya ke'kumpau' an
alang-alang, naikkan ranking sikit..
satu lagi sebagai kenangan, apapun memang tegar!