Post kali ini adalah tentang ikan tapi takde nama saintifik pun yang akan tertera atau pun penerangan secara terperinci mengenai spesis-spesis ikan yang akan dipapar. Apa yang akan aku kongsi ialah gambar-gambar serta pengalaman me'landingkan' ikan-ikan tuh... akan tetapi bukan semua ikan yang dipaparkan di'landing' oleh aku jadi ucapan ribuan terima kasih diucap kepada yg lain atas gambar-gambar,
tilapia@talapia@ikan pengacau erk??? |
Tilapia... kalau tak silap aku inilah ikan pertama yang aku mula-mula mancing dulu zaman mancing pakai tin dengan tangsi tapi kalau ade cousin aku yang lebih tua dari aku kat kampung dapatla aku pakai buluh. Ikan yang paling universal pergilah mana-mana kolam, sungai, lombong, sungai sekali pun mesti ade ikan tilapia. imbas kembali 5 tahun dulu ikan nih agak 'famous' juga sampai ade beberapa buah kolam di sekitar lembah kelang dan juga lembah kinta yang di buka hanya untuk memancing ikan nih. Ikan nih ada dua jenis kalau tak silap aa, tilapia merah dan tilapia hitam. Diet atau umpan bagi tilapia nih 'bantai'la apa-apa pun dari udang, anak ikan, roti, cacing, cengkerik, dedak dan kadang-kadang mata kail kosong pun die bedal.
patin |
Yeah! Patin.... ikan yang sentiasa menjadi buruan pemancing-pemancing air tawar, pecutan terutama yang bersaiz mega susah mau cerita tapi bagi aku hanya satu perkataan dapat mengambarkan pecutan patin - PERGHHH!!! harga pasaran tidak diketahui tapi harga towkey-towkey kolam beli semula adalah rm2 sekilo, diet atau umpan bagi ikan patin pula ialah roti,perut ayam, dedak (tapi dedak biasa ikan ni tak layan dah, ikan ni layan Umpan Power je) Bilalah agaknya umpan aku nak power ni haihhh...
pacu |
Ikan air tawar kegemaran mat st.croix, tak banyak yang dapat dikatakan tentang ikan ini melainkan ikan yang sangat ganas permainananya, bijak menggunakkan kelebihan bentuk fizikalnya, hanya satu tip, kepada pemancing-pemancing gunakan perambut yang berkekuatan 30 pound ke atas, ini kerana telah banyak pemancing yang tewas separuh jalan dalam perjuangan, tinjauan pada trip-trip yang lalu dapat diperhatikan ada sesetengah pemancing yang terus menggunakkan steel, diet ikan ini yang diketahui setakat ini ialah cacing, roti dan anak ikan. Boleh gunakkan teknik dasar atau apungan.
tongsan loma@ tongsan sisik halus |
Ikan yang agak misteri bagi aku kerana ikan ini, telah memberikan dua permainan yang berbeza ketika dinaikkan, terdahulu sebelum berjaya menaikkan spesis ikan ini ramai telah mengatakan bahawa spesis ikan ini hanya akan menggunakkan berat badannya sebagai bebanan apabila bejaya di'strike', dalam percubaan untuk menaikkan ikan ini teori ini ternyata betul, namun teori ini tidak boleh di terima sepenuhnya kerana aku sendiri telah mengalami permainan seperti patin mega dengan pecutan-pecutannya. Teknik yang selalu digunakkan untuk menjerat ikan tongsan ini adalah dengan penggunaan gabus ataupun marshmallow.
siakap merah@ kaci |
Belum pernah di naikkan di habitat asalnya iaitu kawasan muara atau air payau, hanya dinaikkan di kolam-kolam pancing berbayar di sekitar lembah klang, secara peribadi aku lebih gemar melayan siakap merah dari siakap, teknik yang sesuai diguna pakai ialah teknik casting, bottom dan juga teknik yang paling ditentang oleh fitry@mat st.croix iaitu teknik apungan..diet atau umpan bagi ikan ini di kolam-kolam berbayar ialah udang hidup, udang kopek dan anak ikan belanak.
patin mekong@ plabuk |
Mekong! Satu ketika dulu bagi merasai penangan patin mekong pemancing tempatan terpaksa ke Bangkok atau pun ke Haadyai bagi berperang dengan spesis ini. Kekuatan serta permainan patin mekong ini dikatakan oleh sesetengah pemancing sehingga 3 kali ganda patin biasa. Ini mungkin disumbang oleh bentuk fizikalnya di mana ekor patin mekong ini adalah jauh lebih lebar dari patin biasa. Cara kedua bagi membezakannya ialah dengan melihat kedudukan matanya kerana kedudukan mata patin mekong adalah lebih ke bawah berbanding spesis patin tempatan.. aku merasai sendiri pertarungan dengan patin mekong ini di salah sebuah kolam berbayar ternyata permainannya jauh lebih kasar atau agresif dari patin biasa, namun saiznya dapat dilihat pada gambar di atas dalam lingkungan 3kg lebih, ternyata tentangannya nyata memang berbeza. Aku harap kolam-kolam di Malaysia dapat menyediakan ikan patin mekong berskala mega 30kg ke atas, bayangkan tentangan yang akan diberikan..
Banyak lagi spesis ikan yang ingin dikongsi bersama namun seperti biasa ketiadaan gambar merencatkan penulisan post ini insyaallah di masa akan datang dengan adanya gambar- gambar, aku dapat berkongsi lagi. For the time being aku nak hunt for the elusive Tongsan Ara and hopefully will be able to share it. Peace!