Berjumpa semula di post kedua, memandangkan post yang pertama adalah mukadimah bagi blog ini, aku nak kenalkan pengomplot- pengomplot aku. tapi takdela ramai. Buat post kali ini hanya beberapa pengomplot sahaja yang dapat diglamerkan, ini kerana takde gambar pengomplot-pengomplot lain. Insyaallah senarai pengomplot-pengomplot akan di update di post-post akan datang.
fitry@mat st. croix |
Fitry@ mat st. croix... tengokkan nama aja dh bole di agak, mat ni memang obses dengan jenama st. croix senang cerita die ni gila st. croix. punyala banyak rod st.croix die kat rumah, aku pun dah lupa berapa banyak, banyak aa jugak. Dia nih pakar ikatan, ikatan -ikatan die memang 'A' belum lagi aku atau pun dia kecundang akibat ikatan terlucut. Bagi aku secara peribadi berikan kan masa dalam setahun lagi fitry@mat st. croix nih boleh digelar otai... hehe
M |
M.., walaupun baru lagi dia berjinak-jinak dalam dunia memancing nih (tapi dia cakap kat aku masa kecik-kecik dia ada jugak ikut ayah dengan pakcik dia memancing, tak kiralakan haha..) tapi tgk dia naikan pacu 4kg kagum gak. 3 minit bertarung dia nak pass rod kat aku tapi atas tunjuk ajar fitry@ mat st.croix dia berjaya settlekan sendiri dengan keputusan M 1-0 ikan pacu hehe.. M jugak adalah chef bagi trip-trip aku.
Pengenalan bagi pengomplot berhenti jap kt sini, insyaallah di masa akan datang update lagi, oli@ hanyir, aein@ pembancuh 'A' punya, katan@ mat luck dan lain akan di post.
No comments:
Post a Comment