Kali ini akan dipaparkan dua orang lagi pengomplot..
|
Oli@ Chor | | | | |
|
|
Oli @ Chor antara orang yang terawal bersama aku dalam aktiviti menggasak ikan @ memancing, kalau tak silap antara orang yang memperkenalkan dunia memancing kat aku 15 tahun dahulu, selain abangnya Katan. Gemar memancing, namun semenjak mendapat pekerjaan tetap lebih gemar untuk 'melayan' di kolam pancing air masin Ah Yam di Tanjung Rambutan, tapi kolam tu dah tutup dah pun terima kasihlah kepada penuba-penuba misteri yang sering menuba kolam tersebut. Baru sahaja menambah koleksi rodnya dengan penambahan satu rod 8 kaki ***ax dipasangkan dengan reel ***ax. Namun tahap 'skill' memancing Oli kebelakangan ini sering menjadi apatah lagi dengan set "pancing terjun muara" nya yang semakin menjadi-jadi.
|
A'en@ Hanyir |
Antara pengomplot terbaru bersama aku, seperti namanya diatas die memang 'hanyir' ini kerana pada trip terbaru kali ini a'en sekali lagi membuktikan kehanyirannya, dengan berbagai spesis yang dinaikan. Serba boleh dalam pelbagai bidang antara lain selain memancing ialah memasak, merepair motor, menyanyi, memakan, berjaga selama lebih dari 48 jam dan yang teratas tentulah kebolehannya memabancuh umpan power! A'en dan Oli memang tidak dapat dipisahkan bak irama dan lagu hahaha... namun gandingan mantap diharap dapat terus beraksi pada trip-trip akan datang. Akhir kata, bak kata-kata mutiara dari A'en dan Oli ...." buat elok-elok sikit!"