Lokasi : Teluk Dalam
Tarikh : Tak boleh dinyatakan (kantoi nanti hehe..)
Port berteduh : Rumah Pak Su a'en yang sempoi
Katerer : Mak Su a'en (terima kasih Mak Su!)
Pengomplot : Oli, A'en, aku
Trip sempoi ni hanya selang beberapa hari selepas beraksi, keletihan dan kekurangan tidur masih dirasai oleh pengomplot-pengomplot namun disebabkan kekurangan cuti, semua pengomplot bersetuju untuk meng'henjut' saja terus ke lokasi. Berikut adalah sedikit sebanyak rentitan perjalanan trip;
|
muka-muka pengomplot yang tak nak mengakui keletihan, tapi dalam hati siapa yang tahu... 'kebal konon' |
|
namun bak kata mat salleh " a picture speaks a thousand words" sampai sahaja di rumah pak su a'en nak susun barang pun tak larat main sandar je... takdela kebal sangat pengomplot-pengomplot nih |
|
tak sampai sejam di rumah pak su selesai saja makan, terus turun. A'en masih lagi bersemangat, tapi di dalam siapa yang tahu kan.. oli walau bagaimana telah kantoi dengan tertangkapnya gambar ini. Nampaknya chor kite seperti kehabisan bateri |
|
trip pada malam hari berakhir awal, dan diteruskan pada keesokkan harinya.. gambar diatas menunjukkan boat pak su, tapi entah apa yang salah ikan tidak galak merembat umpan pada hari itu, apa lagi terus camera dicapai dan inilah aktiviti sambil menunggu umpan dirembat, pengomplot oli siap berjampi serapah tuh.. hehe |
|
tunggu punya tunggu ikan masih malu-malu untuk menjamah umpan sampai pengomplot a'en termenung memikirkan masa depannya..tapi taklah depan sangat hanya memikirkan ape lauk makan tengah hari nanti.. (a'en jangan marah aa) |
|
ikan masih malu-malu menjamah dan bila perut pun dah berkeroncong apa lagi tiba masa pengomplot-pengomplot pula untuk menjamah makan tengah hari...balik makan da! tekong tue hehe... |
|
akhirnya a'en tewas juga dengan matanya, sementara menunggu masakan tengah hari apa lagi seperti kebiasaan semua peralatan dicuci kerana pengomplot tidak berhasrat untuk beraksi lagi, mengikut kata pak su air tak berarus, tak cun. |
|
perut dah kenyang hati pun senang, di mana ada oli di situ ada a'en hehe... walaupun trip kali tidak mendatangkan hasil yang lumayan namun banyak pengalaman yang ditimba bagi trip sempoi ini, hasil memang tidak di'target' sangat |
|
walaupun ikan tidak galak memakan tapi takkanlah tiada hasil langsung betul tak? antara hasil pada trip sempoi ini |
|
selesai semua.. perjalanan balik diteruskan, pengomplot masing-masing tidak sabar untuk mencari katil! namun bagi post kali ini istimewa beberapa pemandangan dari Teluk Dalam. |
|
perghhhh.... |
|
No comments:
Post a Comment