Friday, January 7, 2011

Teluk Dalam (Pak Su) - trip sempoi

Lokasi             : Teluk Dalam
Tarikh              : Tak boleh dinyatakan (kantoi nanti hehe..)
Port berteduh   : Rumah Pak Su a'en yang sempoi
Katerer            : Mak Su a'en (terima kasih Mak Su!)
Pengomplot      : Oli, A'en, aku

Trip sempoi ni hanya selang beberapa hari selepas beraksi, keletihan dan kekurangan tidur masih dirasai oleh pengomplot-pengomplot namun disebabkan kekurangan cuti, semua pengomplot bersetuju untuk meng'henjut' saja terus ke lokasi. Berikut adalah sedikit sebanyak rentitan perjalanan trip;

muka-muka pengomplot yang tak nak mengakui keletihan, tapi dalam hati siapa yang tahu... 'kebal konon'

namun bak kata mat salleh " a picture speaks a thousand words" sampai sahaja di rumah pak su a'en nak susun barang pun tak larat main sandar je... takdela kebal sangat pengomplot-pengomplot nih

tak sampai sejam di rumah pak su selesai saja makan, terus turun. A'en masih lagi bersemangat, tapi di dalam siapa yang tahu kan.. oli walau bagaimana telah kantoi dengan tertangkapnya gambar ini. Nampaknya chor kite seperti kehabisan bateri

trip pada malam hari berakhir awal, dan diteruskan pada keesokkan harinya.. gambar diatas menunjukkan boat pak su, tapi entah apa yang salah ikan tidak galak merembat umpan pada hari itu, apa lagi terus camera dicapai dan  inilah aktiviti sambil menunggu umpan dirembat, pengomplot oli siap berjampi serapah tuh.. hehe

tunggu punya tunggu ikan masih malu-malu untuk menjamah umpan sampai pengomplot a'en termenung memikirkan masa depannya..tapi taklah depan sangat hanya memikirkan ape lauk makan tengah hari nanti.. (a'en jangan marah aa)

ikan masih malu-malu menjamah dan bila perut pun dah berkeroncong apa lagi tiba masa pengomplot-pengomplot pula untuk menjamah makan tengah hari...balik makan da! tekong tue hehe...

akhirnya a'en tewas juga dengan matanya, sementara menunggu masakan tengah hari apa lagi seperti kebiasaan semua peralatan dicuci kerana pengomplot tidak berhasrat untuk beraksi lagi, mengikut kata pak su air tak berarus, tak cun.

perut dah kenyang hati pun senang, di mana ada oli di situ ada a'en hehe... walaupun trip kali tidak mendatangkan hasil yang lumayan namun banyak pengalaman yang ditimba bagi trip sempoi ini, hasil memang tidak di'target' sangat

walaupun ikan tidak galak memakan tapi takkanlah tiada hasil langsung betul tak? antara hasil pada trip sempoi ini

selesai semua.. perjalanan balik diteruskan, pengomplot masing-masing tidak sabar untuk mencari katil! namun bagi post kali ini istimewa beberapa pemandangan dari Teluk Dalam.

perghhhh....

Wednesday, January 5, 2011

Harimau Malaya...Tahun Baru... dan Trip Ekspres

 Bahang piala AFF Suzuki baru sahaja tamat dan semua sedia maklum skuad Harimau Malaya telah menamatkan kemarau piala di peringkat rantau ini, aku juga tak ketinggalan menyaksikan perlawanan akhir yang disiarkan di tv, bukan tidak mahu ke stadium namun disebabkan ketiadaan tiket hanya sokongan dihadapan kaca tv sahaja yg termampu. Ingatkan keceriaan berakhir selepas tamatnya majlis penyampaian piala namun ketika mengikuti niteline di tv3, ternyata hadiah sebenar untuk semua rakyat malaysia ialah cuti umum yang diisytihar oleh Perdana Menteri, 

 Cut the story short..... maka hari jumaat  berikutnya CUTI!!! Phone call dibuat kepada pengomplot-pengomplot dan terancanglah trip tanpa rancangan, senang kata trip ini sesuai dinamakan "trip ekspres" ribuan terima kasih diucapkan kepada Oli kerana membawa kamera digital so istimewa bagi post kali ini lebih banyak gambar dapat dikongsi, enjoy....

#Jambatan Bainun - khamis 30/12

umpan udang@ udang tel...pesan...buka pintu...baru ambik tgh malam hehe..





tiba di 'port' baik punye.....  yang bercahaya tu kelong
apa lagi.. a'en tanpa berlengah, aku mengikut rapat dan oli tengah melayan di dataran sebelah kiri.  Rod- rod disandar pada 'mini goal post' tinggalan pemancing sebelumnya

meneruskan pencarian di siang hari, dengan oli dan a'en terus dengan rajin mengcasting tanpa mengenal erti penat lelah haha... walaupun gambar terakhir kelihatan a'en telah mula berkira-kira untuk terjun, a'en...  'buat elok-elok sikit!'
jadi tunggu punya tunggu punya tunggu, setting punya setting diselangi  juga dengan beberapa aksi posing oleh oli, a'en dan akhirnya...
syukur... walaupun hasil tidaklah memenuhi tong ais namun hasil bagi satu-satu trip yang tidak terancang atau trip ekspres ini bole dikategorikan sebagai 'okay'.  Boleh tahan bagi team fishsyndrome yang pertama kali meredah 'port' baru ini
selain pari tetuka juga turut dinaikkan, malah sebenarnya bilangan tetuka adalah yang paling banyak di'landing'kan pada trip kali ini..
muka pengomplot oli yang tak dapat dibendung lagi bangganya, namun sejam sebelum gambar ini diambil iras muka sangat berbeza terpancar apabila set pancing yang baru dibelinya telah 'terjun' ke muara.. dan berita baru diterima set pancing terjunnya itu sangat 'hanyir' entahla mungkin rezeki oli set pancingnya dapat dikarau kembali walaupun telah terjun di muara yang sangat luas. walau apa pun disebabkan kamera digital yang digunakan pada trip kali ini kepunyaan oli maka gambar ini adalah tanda terima kasih aku pada pengomplot oli.

Puas beraksi apa lagi, cuci daa... oh sebelum terlupa set 'pancing terjun' pengomplot oli adalah kiri sekali pada gambar.
Secara peribadi aku rasakan trip kali ini walaupun adalah 'trip ekspres' merupakan satu trip yang memberi kepuasan kepada pengomplot-pengomplot, namun aku berharap dalam trip repeat bagi port ini di harap lebih banyak pengomplot-pengomplot lain dapat menurut serta, terutama pengomplot Mat St. Croix... berjumpa di post akan datang.


Monday, January 3, 2011

Lagi pengomplot bersama fishsyndrome

Kali ini akan dipaparkan dua orang lagi pengomplot..

Oli@ Chor

 Oli @ Chor antara orang yang terawal bersama aku dalam aktiviti menggasak ikan @ memancing, kalau tak silap antara orang yang memperkenalkan dunia memancing kat aku 15 tahun dahulu, selain abangnya Katan. Gemar memancing, namun semenjak mendapat pekerjaan tetap lebih gemar untuk 'melayan' di kolam pancing air masin Ah Yam di Tanjung Rambutan, tapi kolam tu dah tutup dah pun terima kasihlah kepada penuba-penuba misteri yang sering menuba kolam tersebut. Baru sahaja menambah  koleksi rodnya dengan penambahan satu rod 8 kaki ***ax dipasangkan dengan reel ***ax. Namun tahap 'skill' memancing Oli kebelakangan ini sering menjadi apatah lagi dengan set "pancing terjun muara" nya yang semakin menjadi-jadi.


A'en@ Hanyir

  Antara pengomplot terbaru bersama aku, seperti namanya diatas die memang 'hanyir' ini kerana pada trip terbaru kali ini a'en sekali lagi membuktikan kehanyirannya, dengan berbagai spesis yang dinaikan. Serba boleh dalam pelbagai bidang antara lain selain memancing ialah memasak, merepair motor, menyanyi, memakan, berjaga selama lebih dari 48 jam dan yang teratas tentulah kebolehannya memabancuh umpan power! A'en dan Oli memang tidak dapat dipisahkan bak irama dan lagu hahaha... namun gandingan mantap diharap dapat terus beraksi pada trip-trip akan datang. Akhir kata, bak kata-kata mutiara dari A'en dan Oli ...." buat elok-elok sikit!"