Wednesday, October 31, 2012

Jimah Power!


Tarikh:  2,3 bulan lepas kut
Lokasi:  Jimah Power
Komplot: Fitry & Sifu Zaini
        
Satu lagi komplot dimana aku di anaktirikan (kena tinggal). Namun sebenarnya kalau diikutkan walau dituba, diracun, dijemput didepan rumah sekalipun aku tetap tak dapat menyertai trip kali ini, tuntutan dan tanggungjawab lain termasukla menghadirkan diri pada kenduri-kendara membataskan penglibatan diri untuk trip-trip pada waktu itu.
 
Dari penceritaan pengomplot Fitry air dan cuaca pada ketika itu tidak memberangsangkan dalam kata lain ‘kureng....’  Namun dah nama pun turun dengan Sifu jadi paling kurang mesti ade gambar kenang-kenangan, enjoy! 

Senangin Fitry
Sifu dengan kerapu saiz hidangan

Sembilang 'Gemok'


Tatkala aku sedang berada di luar kawasan, rupa-rupanya pengomplot Oli telah ‘menyembilangkan’ diri di satu port larangan. Trip tersebut disertai oleh regunya saudara Gemok. Disebabkan tiada jemputan waima ajak-ajakan ayam pun langsung dipanjangkan kepada aku maka post kali ini pendek! Bukti kederhakaan mereka yang meninggalkan aku di bawah.

Pose maut bersama sembilang

Mekong vs Oli



Agak lama aku tak melayan asakan ikan air tawar, kali terakhir aku melayan asakan ikan air tawar ialah bila berkunjung ke kolam Taw Foo melayan pacu dan Mekong. Kekangan masa dan kerumitan pembuatan umpan Mekong menambah alasan mengapa aku meninggalkan arena pancingan Mekong (perghh ayat tak bole blah nih.)

Namun kebelakangan ini dikala hanya melayan spesis air masin, rupa-rupanya pengomplot Oli telah kembali melebarkan sayapnya di arena air tawar.  Tahniah diucapkan pada Oli yang telah berjaya menguasai jurus pembikinan umpan Mekong (power wei umpan die..) dan menjumpai port Mekong yang terbaik.

Dari penceritaan tuan punya diri kesemua Mekong disitu bersaiz mega-mega belaka, tiada yang bersekala 10kg ke bawah. Setelah ditambah, tolak, darab, bahagi dan kuasa dua apabila diracun oleh pengomplot Oli nampaknya satu trip ‘memekong’ terpaksa diatur dengan kadar yang segera. Seperti kebiasaan gambar yang dikirim oleh Oli dibawah.

Oli membuktikan dengan jayanya, bukan nak keluar dengan awek je kena kacak bergaya, nak melayan mekong pun kena smart bro....

Mekong, montel...


Tuesday, October 30, 2012

Fishing Pond = Kolam Pancing

Well as mentioned in one of the earliest post, i do sometimes go fishing in pay ponds. So as there is nothing much to write about fishing at pay ponds ( 1-pay 2-start fishing 3- go back home with a smile,that is if you manage to hook a few fish, hehe..) so im just writing to share the pictures i have on my phone.

1.5 kg Siakap was caught on a fine sunday evening, the siakap ended up as my dinner with my dearest M and Fitry. Below Pak Tam (Fitry's best buddy) with a GT, actually he caught a few on that day.

Kembali Pancing!

Salam semua,

Al-kisah dah lama tak berkesempatan mengupdate blog nih tak bermakna aktiviti memancing ditinggalkan juga.Walaupun tak serancak zaman dulu-dulu dapatla juga sekali dua turun ke padang, bukan yang berhormat saja yang boleh turun ke padang..
Jadi persoalan disini padang mana yang aku turun dengan pengomplot lain, jawapannya adalah Lombong Pecah. Secara ringkas trip ini boleh dikategorikan sebagai trip yang gagal atau hampeh, sebabnya selain berjaya mencari port dengan jayanya.... yang lain-lain semuanya gagal. Setibanya di 'port' air baru nak pasang so jawapnya lombong memang sekeruh-keruhnya, kedua umpan yang dibawa tidak menjadi di lombong tu,  dan ketiga macam biasa bro semestinya hasil yang  tak memberangsangkan.

Welcome Amin.
Walaubagaimanapun istimewanya pada trip ini pengomplot Fitry telah berjaya merangkul anugerah KING of BELUKANG, sekalung tahniah diucapkan kepada pengomplot Fitry, oh dan tidak dilupa selamat datang pada pengomplot Amin dalam dunia memancing!


Secara rasminya King of Belukang!




 p/s trip repeat ke port nih belum kesampaian lagi, haihhhhhh......