Al-kisah dah lama tak berkesempatan mengupdate blog nih tak bermakna aktiviti memancing ditinggalkan juga.Walaupun tak serancak zaman dulu-dulu dapatla juga sekali dua turun ke padang, bukan yang berhormat saja yang boleh turun ke padang..
Jadi persoalan disini padang mana yang aku turun dengan pengomplot lain, jawapannya adalah Lombong Pecah. Secara ringkas trip ini boleh dikategorikan sebagai trip yang gagal atau hampeh, sebabnya selain berjaya mencari port dengan jayanya.... yang lain-lain semuanya gagal. Setibanya di 'port' air baru nak pasang so jawapnya lombong memang sekeruh-keruhnya, kedua umpan yang dibawa tidak menjadi di lombong tu, dan ketiga macam biasa bro semestinya hasil yang tak memberangsangkan.
Welcome Amin. |
Walaubagaimanapun istimewanya pada trip ini pengomplot Fitry telah berjaya merangkul anugerah KING of BELUKANG, sekalung tahniah diucapkan kepada pengomplot Fitry, oh dan tidak dilupa selamat datang pada pengomplot Amin dalam dunia memancing!
Secara rasminya King of Belukang! |
No comments:
Post a Comment