rupanya macam-macam ada.... lain kali bole join. |
fishsyndrome
mancing jom!
Friday, June 6, 2014
Keli & Talapia Merah
Hasil pancingan komplot Amin. Lokasi xxxxx xxx xxxxx hahaha... apapun terbaik!
Thursday, June 5, 2014
Wednesday, June 4, 2014
Tongsan dan Dolphin
Dolphin? biar betul Dolphin... hehe... update kali ini memaparkan "catch" dari pengomplot Safwan, lama betul tak saing memancing dgn Safwan Umpan Power. Berapa power? Hah tengok bawah sudah.
22 kilo dianggarkan, tapi gambar depan je yang dikirim, tak ke nampak macam dolphin tu, Wan lain kali gambar tepi kasi angkat lagi cun, kasi racun semua worang! |
Hah ini macamle der, baru bikin panas.... alamak tebakar dibuatnya, apa pun tabik spring, confirm umpan power! tahniah Wan, kasi up lagi ranking kaw-kaw |
Thursday, May 29, 2014
Umpan power takde.. kumpau ade..
Post kali ini ceritanya adalah mengenai ke'kumpau'an yg melanda aku, sepatutnya dah diset untuk berjuang di sebuah kolam yang terkenal dengan ketenangannya namun di saat akhir menukar rancangan dengan memancing di kolam yang terkenal dengan ikan-ikan meganya, Mungkin disebabkan itu, hanya bangau yang kunjung tiba, haha...
Namun disebabkan semangat juang yang cukup tinggi, beberapa hari berikutnya satu trip repeat di kolam yang awal-awal dirancang telah dilaksanakan. Hasilnya.... kumpau aku gagal mendapat lesen (looser gilor), komplot ku hanya sekadar mendapat lesen "P" namun suasana kolam adalah amat baik. Apa pun satu hook up di saat akhir memberi debaran serta kepuasan bagi aku yang pertama kali mengunjungi kolam ini. Beberapa gambar untuk tatapan di bawah.
Lesen "P" |
Lesen setelah beberapa kali mencuba, lega. |
Rod yang dah jadi sejarah,aduyai... |
Patin..tiada lagi kumpau
Takde cerita panjang pada post kali ini, tajuk post menceritakan segala-galanya haha... apa pun tahniah ajim, selepas beberapa kali berusaha, akhirnya tiada lagi kumpau. Pesanan ringkas bagi rakan pemancing marilah sama-sama menjaga kebersihan persekitaran kita. Terima kasih
hook up, muka penuh perhatian, hati bedebar kena 'karen' |
layan... sampai tersenyum dapat lesen penuh |
akhirnya, tamatnya ke'kumpau' an |
alang-alang, naikkan ranking sikit.. |
satu lagi sebagai kenangan, apapun memang tegar! |
Monday, January 7, 2013
Mekong lawan Wan = Wan 1- Mekong 0
Salam, agak lama juga
blog tak diupdate, bukan kerana aktiviti memancing terhenti. Tapi
semenjak dua menjak ini segala bentuk pancingan lain dihentikan seketika dan
hanya menumpu kepada “Pesta”. Jadi koleksi gambar yang terkini hanyalah
spesis Mekong semata-mata, jesteru kalau hanya dipaparkan gambar Mekong sahaja
mesti nak muntah alih-alih Mekong saja..
Namun disebabkan terdapat permintaan daripada pengomplot
baru, saudara Wan untuk memaparkan gambar
Mekong yang dihenjut “kaw-kaw” olehnya beberapa minggu lalu. Cakap banyak pun
tak guna layan...
Jap..jap sebelum gambar Mekong yang dihenjut oleh Wan.
Ketahui dahulu 5 perkara tentang Wan.
1. Bekerja di tempat yang sama dengan pengomplot
Oli (lokasi sebenar dirahsiakan, rahsia kerajaan der...)
2. Pantang diracun mesti “on” punya – inilah
dinamakan ciri-ciri pemancing sejati, kalaula ko keje kat KL Wan hari-hari kite
komplot hehe...
3. Umpan beliau memang power, macam-macam ada.
Kalau nak resipi pandai-pandaila korang siapkan pengkerasnya, 7 tempayan hati
nyamuk, Jambatan Emas dari tempat kerja beliau sampai kolam (korang adjustla ni
dua dulu kalau tak boleh jangan rapat....)
4.
Kalau demam ke sakit ke... “Doktor” ade tak jadi
hal punya.
5. Memegang rekod sebagai orang pertama yang aku kenal patah swivel masa memancing, tula geng cuba bayang kalau
pakai swivel yang “mantop” sikit. Silap-silap haritu 33 kilo tu geng.
Mekong ni Wan yang punya, Oli cuma tolong angkatkan disebabkan Wan baru selesai "senaman tangan" |
Wan selepas menghenjut "kaw-kaw" |
p/s: tahniah kepada saudara Azhar
atas ranking beliau minggu lepas. Mantap chor!
Friday, November 16, 2012
Mekong... China & Bandung.
Minggu ini merupakan minggu yang
agak istimewa cuti am berselang seli dengan hari bekerja. Bagi yang telah
merancang percutian pada minggu ini telah awal-awal lagi memohon cuti dan
kesempatan ini di ambil untuk bercuti bersama keluarga. Keluarga aku juga mengambil peluang cuti kali ini ke Bandung dan China namun aku tidak dapat menyertai percutian kali ini. Jadi bagi
mengisi cuti di hari Deepavali aku dan Oli telah ke satu
‘port’ di mana Oli telah menjadi ‘regular’ di situ.
Maka satu trip ringkas telah
diatur dan kami bergerak dari Chemor pada pukul 10 pagi, buruan pada hari itu
adalah tidak lain dari Mekong. Memandangkan prestasi di kala ini pengomplot Oli
amat memberangsangkan dan meyakinkan maka boleh tika ini dia digelar “Panglima
Mekong” jadi tanggungjawab menyiapkan umpan dan perambut diserahkan terus kepada
Oli.
Antara 'port' terbaik Fishsyndrome pernah kunjungi, pemandangan yang menyegarkan |
Aku yang baru pertama
kali menjejaki port ini turun dengan hasrat tersendiri di mana mahu mencari
lesen bagi reel baru dibeli tapi lupakan bab reel
baru, mungkin dalam post akan datang aku akan mengulas tentang reel
ini. Kali ini kita bercerita tentang komplot Oli dan aku yang baru
selesai.
Perjalanan ke ‘port’ mengambil
masa lebih kurang 40 minit dan laluan ke destinasi agak tersorok di pendalaman namun
setelah sampai ke destinasi, ternyata amat
berbaloi walaupun belum melabuhkan umpan pemandangan di sekeliling cukup
memberikan kepuasan dan mendamaikan. Setelah memilih pondok Oli dengan segera
membancuh umpan dan dalam masa 10 minit dua batang pancing telah di’set’ di
tepi kolam menunggu ragutan.
Pemandangan yang menyegarkan bertambah indah bila ade rod di pancang menanti ragutan ikan hehehe...... |
Akhirnya lesen diperoleh, larian
pertama ikan yang disangka patin sebenarnya adalah seekor pacu yang rakus
menelan umpan. Pacu yang bersaiz 4.32 bejaya di tumpaskan oleh Oli, 30 minit
kemudian satu rentapan kasar sekali berlaku kali dan masih rod Oli
namun disebabkan mahu memberi peluang kepada aku yang telah lama tak
melayan Mekong rodnya dihulur kepada aku untuk mengasak ikan
tersebut. Aksi berlanjutan selama 5 minit dan akhirnya Mekong seberat 9.7 kilo
berjaya didaratkan.
Pacu menjadi lesen pada komplot hari itu, gambar atas Oli menunjukkan skill menggantikan player dengan straw, giler punya kerja.Manakala gambar bawah Oli berposing ala-ala 'Chikanos' dengan pacunya. |
Rod aku masih belum
mendapat sambutan dan kerisauan mula terdetik samada rod dan reel baru aku akan gagal dalam mendapatkan ‘lesen’ pada hari pertamanya. Namun
tika mahu menukar umpan akhirnya rod disambar ikan, lariannya jauh
ketengah kolam namun tidak kasar,betul lesen pertama aku dengan reel yang baru adalah Ara. Selepas itu sekali lagi reel
baru aku beraksi kali ini seekor Pacu dan diikuti dengan Keli Afrika.
Abaikan Mekong, terima kasih kereta pinjam... hehe |
Mekong, layan der.... ribuan terima kasih pada Oli bagi peluang bergasak dengan Mekong. |
Aktiviti memancing terhenti
seketika kerana hujan telah turun dengan lebatnya selama lebih kurang satu jam.
Selepas hujan aktiviti memancing diteruskan dan sekali lagi rod Oli diasak
Mekong kali bersaiz lebih besar, Mekong seberat 12.9kg telah berjaya ditewaskan
dan selang beberapa minit akhirnya apa yang ditunggu-tunggu menjadi kenyataan
rod dan reel aku akhirnya disambar Mekong, niat untuk melayan Mekong dengan
rod dan reel berkekuatan sederhana akhirnya tercapai, Mekong seberat 10.3
berjaya dipujuk dan tertewas. Apa yang pasti ini bukanlah kunjungan terakhir aku di port ini, kerana bukan sahaja tempatnya yang menenangkan
peghuni kolam tersebut juga memberikan asakan-asakan yang ganas.
Layannnnnnnn..
Subscribe to:
Posts (Atom)