Minggu ini merupakan minggu yang
agak istimewa cuti am berselang seli dengan hari bekerja. Bagi yang telah
merancang percutian pada minggu ini telah awal-awal lagi memohon cuti dan
kesempatan ini di ambil untuk bercuti bersama keluarga. Keluarga aku juga mengambil peluang cuti kali ini ke Bandung dan China namun aku tidak dapat menyertai percutian kali ini. Jadi bagi
mengisi cuti di hari Deepavali aku dan Oli telah ke satu
‘port’ di mana Oli telah menjadi ‘regular’ di situ.
Maka satu trip ringkas telah
diatur dan kami bergerak dari Chemor pada pukul 10 pagi, buruan pada hari itu
adalah tidak lain dari Mekong. Memandangkan prestasi di kala ini pengomplot Oli
amat memberangsangkan dan meyakinkan maka boleh tika ini dia digelar “Panglima
Mekong” jadi tanggungjawab menyiapkan umpan dan perambut diserahkan terus kepada
Oli.
Antara 'port' terbaik Fishsyndrome pernah kunjungi, pemandangan yang menyegarkan |
Aku yang baru pertama
kali menjejaki port ini turun dengan hasrat tersendiri di mana mahu mencari
lesen bagi reel baru dibeli tapi lupakan bab reel
baru, mungkin dalam post akan datang aku akan mengulas tentang reel
ini. Kali ini kita bercerita tentang komplot Oli dan aku yang baru
selesai.
Perjalanan ke ‘port’ mengambil
masa lebih kurang 40 minit dan laluan ke destinasi agak tersorok di pendalaman namun
setelah sampai ke destinasi, ternyata amat
berbaloi walaupun belum melabuhkan umpan pemandangan di sekeliling cukup
memberikan kepuasan dan mendamaikan. Setelah memilih pondok Oli dengan segera
membancuh umpan dan dalam masa 10 minit dua batang pancing telah di’set’ di
tepi kolam menunggu ragutan.
Pemandangan yang menyegarkan bertambah indah bila ade rod di pancang menanti ragutan ikan hehehe...... |
Akhirnya lesen diperoleh, larian
pertama ikan yang disangka patin sebenarnya adalah seekor pacu yang rakus
menelan umpan. Pacu yang bersaiz 4.32 bejaya di tumpaskan oleh Oli, 30 minit
kemudian satu rentapan kasar sekali berlaku kali dan masih rod Oli
namun disebabkan mahu memberi peluang kepada aku yang telah lama tak
melayan Mekong rodnya dihulur kepada aku untuk mengasak ikan
tersebut. Aksi berlanjutan selama 5 minit dan akhirnya Mekong seberat 9.7 kilo
berjaya didaratkan.
Pacu menjadi lesen pada komplot hari itu, gambar atas Oli menunjukkan skill menggantikan player dengan straw, giler punya kerja.Manakala gambar bawah Oli berposing ala-ala 'Chikanos' dengan pacunya. |
Rod aku masih belum
mendapat sambutan dan kerisauan mula terdetik samada rod dan reel baru aku akan gagal dalam mendapatkan ‘lesen’ pada hari pertamanya. Namun
tika mahu menukar umpan akhirnya rod disambar ikan, lariannya jauh
ketengah kolam namun tidak kasar,betul lesen pertama aku dengan reel yang baru adalah Ara. Selepas itu sekali lagi reel
baru aku beraksi kali ini seekor Pacu dan diikuti dengan Keli Afrika.
Abaikan Mekong, terima kasih kereta pinjam... hehe |
Mekong, layan der.... ribuan terima kasih pada Oli bagi peluang bergasak dengan Mekong. |
Aktiviti memancing terhenti
seketika kerana hujan telah turun dengan lebatnya selama lebih kurang satu jam.
Selepas hujan aktiviti memancing diteruskan dan sekali lagi rod Oli diasak
Mekong kali bersaiz lebih besar, Mekong seberat 12.9kg telah berjaya ditewaskan
dan selang beberapa minit akhirnya apa yang ditunggu-tunggu menjadi kenyataan
rod dan reel aku akhirnya disambar Mekong, niat untuk melayan Mekong dengan
rod dan reel berkekuatan sederhana akhirnya tercapai, Mekong seberat 10.3
berjaya dipujuk dan tertewas. Apa yang pasti ini bukanlah kunjungan terakhir aku di port ini, kerana bukan sahaja tempatnya yang menenangkan
peghuni kolam tersebut juga memberikan asakan-asakan yang ganas.
Layannnnnnnn..
No comments:
Post a Comment