Monday, January 7, 2013

Mekong lawan Wan = Wan 1- Mekong 0

Salam,  agak lama juga blog tak diupdate, bukan kerana aktiviti memancing terhenti. Tapi semenjak dua menjak ini segala bentuk pancingan lain dihentikan seketika dan hanya menumpu kepada “Pesta”. Jadi koleksi gambar yang terkini hanyalah spesis Mekong semata-mata, jesteru kalau hanya dipaparkan gambar Mekong sahaja mesti nak muntah alih-alih Mekong saja..
Namun disebabkan terdapat permintaan daripada pengomplot baru,  saudara Wan untuk memaparkan gambar Mekong yang dihenjut “kaw-kaw” olehnya beberapa minggu lalu. Cakap banyak pun tak guna layan...


Jap..jap sebelum gambar Mekong yang dihenjut oleh Wan. Ketahui dahulu 5 perkara tentang Wan.
 
1.      Bekerja di tempat yang sama dengan pengomplot Oli (lokasi sebenar dirahsiakan, rahsia kerajaan der...)
2.    Pantang diracun mesti “on” punya – inilah dinamakan ciri-ciri pemancing sejati, kalaula ko keje kat KL Wan hari-hari kite komplot hehe...
3.  Umpan beliau memang power, macam-macam ada. Kalau nak resipi pandai-pandaila korang siapkan pengkerasnya, 7 tempayan hati nyamuk, Jambatan Emas dari tempat kerja beliau sampai kolam (korang adjustla ni dua dulu kalau tak boleh jangan rapat....)
4.       Kalau demam ke sakit ke... “Doktor” ade tak jadi hal punya.
5.   Memegang rekod sebagai orang pertama yang aku kenal patah swivel masa memancing, tula geng cuba bayang kalau pakai swivel yang “mantop” sikit. Silap-silap haritu 33 kilo tu geng.


Mekong ni Wan yang punya, Oli cuma tolong angkatkan disebabkan Wan baru selesai "senaman tangan"
Wan selepas menghenjut "kaw-kaw"

 p/s: tahniah kepada saudara Azhar atas ranking beliau minggu lepas. Mantap chor!

No comments:

Post a Comment