Friday, November 16, 2012

Mekong... China & Bandung.

Minggu ini merupakan minggu yang agak istimewa cuti am berselang seli dengan hari bekerja. Bagi yang telah merancang percutian pada minggu ini telah awal-awal lagi memohon cuti dan kesempatan ini di ambil untuk bercuti bersama keluarga. Keluarga aku juga mengambil peluang cuti kali ini ke Bandung dan China namun aku tidak dapat menyertai percutian kali ini. Jadi bagi mengisi cuti di hari Deepavali aku dan Oli telah ke satu ‘port’ di mana Oli telah menjadi ‘regular’ di situ.

Maka satu trip ringkas telah diatur dan kami bergerak dari Chemor pada pukul 10 pagi, buruan pada hari itu adalah tidak lain dari Mekong. Memandangkan prestasi di kala ini pengomplot Oli amat memberangsangkan dan meyakinkan maka boleh tika ini dia digelar “Panglima Mekong” jadi tanggungjawab menyiapkan umpan dan perambut diserahkan terus kepada Oli.
Antara 'port' terbaik Fishsyndrome pernah kunjungi, pemandangan yang menyegarkan


Aku yang baru pertama kali menjejaki port ini turun dengan hasrat tersendiri di mana mahu mencari lesen bagi reel baru dibeli tapi lupakan bab reel baru, mungkin dalam post akan datang aku akan mengulas tentang reel ini. Kali ini kita bercerita tentang komplot Oli dan aku yang baru selesai.

Perjalanan ke ‘port’ mengambil masa lebih kurang 40 minit dan laluan ke destinasi agak tersorok di pendalaman namun setelah sampai ke destinasi, ternyata amat  berbaloi walaupun belum melabuhkan umpan pemandangan di sekeliling cukup memberikan kepuasan dan mendamaikan. Setelah memilih pondok Oli dengan segera membancuh umpan dan dalam masa 10 minit dua batang pancing telah di’set’ di tepi kolam menunggu ragutan.
Pemandangan yang menyegarkan bertambah indah bila ade rod di pancang menanti ragutan ikan hehehe...... 


Akhirnya lesen diperoleh, larian pertama ikan yang disangka patin sebenarnya adalah seekor pacu yang rakus menelan umpan. Pacu yang bersaiz 4.32 bejaya di tumpaskan oleh Oli, 30 minit kemudian satu rentapan kasar sekali berlaku kali dan masih rod Oli namun disebabkan mahu memberi peluang kepada aku yang telah lama tak melayan Mekong rodnya dihulur kepada aku untuk mengasak ikan tersebut. Aksi berlanjutan selama 5 minit dan akhirnya Mekong seberat 9.7 kilo berjaya didaratkan.
Pacu menjadi lesen pada komplot hari itu, gambar atas Oli menunjukkan skill menggantikan player dengan straw, giler punya kerja.Manakala gambar bawah Oli berposing ala-ala 'Chikanos' dengan pacunya.


Rod aku masih belum mendapat sambutan dan kerisauan mula terdetik samada rod dan reel baru aku akan gagal dalam mendapatkan ‘lesen’ pada hari pertamanya. Namun tika mahu menukar umpan akhirnya rod disambar ikan, lariannya jauh ketengah kolam namun tidak kasar,betul lesen pertama aku dengan reel yang baru adalah Ara. Selepas itu sekali lagi reel baru aku beraksi kali ini seekor Pacu dan diikuti dengan Keli Afrika. 
Abaikan Mekong, terima kasih kereta pinjam... hehe


Mekong, layan der.... ribuan terima kasih pada Oli bagi peluang bergasak dengan Mekong.


Aktiviti memancing terhenti seketika kerana hujan telah turun dengan lebatnya selama lebih kurang satu jam. Selepas hujan aktiviti memancing diteruskan dan sekali lagi rod Oli diasak Mekong kali bersaiz lebih besar, Mekong seberat 12.9kg telah berjaya ditewaskan dan selang beberapa minit akhirnya apa yang ditunggu-tunggu menjadi kenyataan rod dan reel aku akhirnya disambar Mekong, niat untuk melayan Mekong dengan rod dan reel berkekuatan sederhana akhirnya tercapai, Mekong seberat 10.3 berjaya dipujuk dan tertewas. Apa yang pasti ini bukanlah kunjungan terakhir aku di port ini, kerana bukan sahaja tempatnya yang menenangkan peghuni kolam tersebut juga memberikan asakan-asakan yang ganas. Layannnnnnnn..

Friday, November 2, 2012

I Love Korea!


Tarikh:  26.10.2012
Lokasi:  Kelong Lumut
Komplot:  Oli, Mat Akong(Pak Cu), Pak Ngah, Pak Yob, Fishsyndrome
Salam,

Agak lama tak berkomplot bermalam di atas kelong, kesempatan pada Hari Raya Aidiladha yang lalu digunakan sepenuhnya untuk meganjurkan trip kelong di Lumut. Walaupun pada awal perancangan trip sepatutnya jatuh pada hari sabtu, namun setelah dicongakkan kembali adalah lebih baik trip diadakan pada jumaat petang memberi peluang kepada komplot untuk berehat pada sabtu malam dan ahad.

Setelah perbincangan diadakan di rumah Mat Akong sebelum Solat Jumaat, semua bersetuju untuk berjumpa di Kampung Setiawan pada pukul 6. Selesai urusan umpan, semua bergerak ke Jambatan Bainun bagi menaiki bot untuk ke kelong.
tengah teruja habis nih.....
mendengarkan kisah kelong yang akan tuut............


Bagi aku, Oli, Pak Ngah dan Pak Yob ini adalah kali pertama menjejaki kelong di lumut ini. Biasalah keterujaan dah terserlah masa mula-mula menaiki bot lagi, kelebihan menjejaki kelong ini satu kali sebelum trip ini terbukti apabila Mat Akong telah berjaya menaikkan ikan pertama pada trip itu, ikan tanda menjadi tangkapan pertama pada trip itu.
lesen lori tu chor!

Selepas itu beberapa kali ragutan berlaku namun disebabkan tiada pengalaman bertarung di kelong berkenaan maka, kebanyakkan ragutan ikan di akhiri dengan pertarungan pengomplot dengan batu karang hehe...( siapa handal menyelam silalah kalau nak mengutip ladung)
Selepas melayan bermain tarik tali dengan batu karang untuk beberapa kali. Akhirnya keputusan di ambil untuk berehat dan menikmati makan malam. Sudah menjadi adat kalau di atas laut, makanlah apapun insyaallah sedap. Begitulah juga makan malam pada trip itu nasi berlaukkan sardin terasa luar biasa sedapnya.
cube teka siapa yang dapat nih, hehehe..
bolelah untuk kali pertama pegi kelong nih, gelama ngan kerapu singa banyak tapi nak tangkap gambar pun segan, mesti repeat lagi nih

Selesai makan malam, aktiviti memancing diteruskan sampai keesokkan paginya. Kesimpulannya trip pada kali ini lebih kepada trip mengenali keadaan dan lubuk di kelong. Namun bagi semua pemancing walaupun hasil tidak seberapa namun kepuasan tetap terasa. Satu rancangan untuk me’repeat’ di kelong ini sedang diaturkan dengan lebih teliti, kali ini lebih bersedia dan mengharapkan hasil yang lebih baik, insyaallah. Jumpa peace!
Oh dan kenapa post kali ini bertajuk I Love Korea! Mike piker sendirila yeop... hehe...    
;-)