Tarikh: 26.10.2012
Lokasi: Kelong Lumut
Komplot: Oli, Mat
Akong(Pak Cu), Pak Ngah, Pak Yob, Fishsyndrome
Salam,
Agak lama tak berkomplot bermalam
di atas kelong, kesempatan pada Hari Raya Aidiladha yang lalu digunakan
sepenuhnya untuk meganjurkan trip kelong di Lumut. Walaupun pada awal
perancangan trip sepatutnya jatuh pada hari sabtu, namun setelah dicongakkan
kembali adalah lebih baik trip diadakan pada jumaat petang memberi peluang
kepada komplot untuk berehat pada sabtu malam dan ahad.
Setelah perbincangan diadakan di
rumah Mat Akong sebelum Solat Jumaat, semua bersetuju untuk berjumpa di Kampung
Setiawan pada pukul 6. Selesai urusan umpan, semua bergerak ke Jambatan Bainun
bagi menaiki bot untuk ke kelong.
tengah teruja habis nih..... |
mendengarkan kisah kelong yang akan tuut............ |
Bagi aku, Oli, Pak Ngah
dan Pak Yob ini adalah kali pertama menjejaki kelong di lumut ini. Biasalah
keterujaan dah terserlah masa mula-mula menaiki bot lagi, kelebihan menjejaki
kelong ini satu kali sebelum trip ini terbukti apabila Mat Akong telah berjaya
menaikkan ikan pertama pada trip itu, ikan tanda menjadi tangkapan pertama pada
trip itu.
lesen lori tu chor! |
Selepas itu beberapa kali ragutan
berlaku namun disebabkan tiada pengalaman bertarung di kelong berkenaan maka,
kebanyakkan ragutan ikan di akhiri dengan pertarungan pengomplot dengan batu
karang hehe...( siapa handal menyelam silalah kalau nak mengutip ladung)
Selepas melayan bermain tarik
tali dengan batu karang untuk beberapa kali. Akhirnya keputusan di ambil untuk
berehat dan menikmati makan malam. Sudah menjadi adat kalau di atas laut,
makanlah apapun insyaallah sedap. Begitulah juga makan malam pada trip itu nasi
berlaukkan sardin terasa luar biasa sedapnya.
cube teka siapa yang dapat nih, hehehe.. |
bolelah untuk kali pertama pegi kelong nih, gelama ngan kerapu singa banyak tapi nak tangkap gambar pun segan, mesti repeat lagi nih |
Selesai makan malam, aktiviti
memancing diteruskan sampai keesokkan paginya. Kesimpulannya trip pada kali ini
lebih kepada trip mengenali keadaan dan lubuk di kelong. Namun bagi semua
pemancing walaupun hasil tidak seberapa namun kepuasan tetap terasa. Satu
rancangan untuk me’repeat’ di kelong ini sedang diaturkan dengan lebih teliti,
kali ini lebih bersedia dan mengharapkan hasil yang lebih baik, insyaallah.
Jumpa peace!
Oh dan kenapa post kali ini
bertajuk I Love Korea! Mike piker sendirila yeop... hehe...
;-) |
No comments:
Post a Comment